Sunday, February 19, 2012

My Dad's Poem

Posted by ♥ wiwi ♥ at 2:45 AM
I want to share a poem originally written by my father. He's a very talented writer and I've been reading his works throughout my life. My father enjoys sharing his works, experiences and thoughts in his own blog. This is probably one of my favourite. It is brilliant, honest, inspiring, and more importantly, it motivates me to be a better teacher.

Written by Ayah
Dia insan agung
dia terpekik terlolong
tapi dia bukan hantu polong
dia bukan juga ah long
dia cuma nak tolong
membebas katak bawah tempurung

Dia yang teragung
sewaktu aku setahun jagung
dia tempat aku berlindung
dinginku dipakai kain sarung
panasku dipayung
demamku digendong
nangisku dihulur anak patung
kalaku bingung, dia hulur kain telekung

Dia maha agung
semua ilmu diajar borong
dia tidak pandai kelentong
walau bercakap ibarat pengulas siaran langsung
dia tidak mahu aku bagai tin kosong
dia mahu aku umpama gong
mengiringi persembahan Mak Yong
di persada Balai Rong

Dia guru agung
pintanya tiap kali bertembung
katanya menuntut ilmu itu ibarat kita menabung
umpama emas, hari ini simpan esok-esok tinggi melambung
mahunya aku menjadi, bukan setakat ikan basung
 tetapi katanya sebesar ikan jerung
bukan sekadar menanam sebatas sayur kangkung
tetapi menanam padi huma beribu relung

0 comments on "My Dad's Poem"

 

Sunshine, lollipops & rainbows Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting